Siapa Saya?

Nama: MOHD SUHAILI BIN ABDULLAH
Alamat: NO.40 Jalan Mewah Ria 2/3, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru, Johor

Pekerjaan:
Pengarah Urusan
Anyca Corporation (M) Sdn Bhd
(Coordinator PelukisPelan.com)

Pengarah Urusan
Wexplorer Network Sdn Bhd
(Syarikat Software Development)

Business Development Manager
Ceria Dinamik Sdn Bhd
(Syarikat Kontraktor)

Projek koordinator (http://www.pelukispelan.com/)

Bagi jawatan ini pula, saya bertindak sebagai individu yang bertanggungjawab mengatur projek yang telah diterima atau sedang dalam proses perbincangan dengan pelanggan. sebagai contoh, mereka yang menghubungi saya melalui email untuk bertanya atau ingin dapatkan khidmat saya, saya akan follow up dengan mereka dengan memberikan maklumat yang diperlukan khususnya dalam pembinaan banglo. khidmat rundingan ini adalah percuma. sehinggalah apabila proses penyediaan pelan yang melibatkan endorsement dari Arkitek dan Jurutera barulah consultant fees dikenakan (submission plan)
Saya juga bertanggungjawab untuk menghubungi Arkitek,Jurutera seterusnya perlantikan kontraktor bagi pihak client bagi menguruskan projek tersebut. contohnya, saya akan hantarkan company profile kontraktor yang berada dibawah panel lukispelan.com untuk client melihat reputasi kontraktor yang bakal dilantik ataupun melalui sistem tender.

Projek seluruh Malaysia

Melalui perkhidmatan yang saya sediakan, projek yang pihak saya kendalikan adalah seluruh semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak, setiap negeri terdapat consultant yang bekerjasama dengan pihak saya iaitu lukispelan.com, oleh yang demikian dengan perkhidmatan yang pihak kami sediakan ini, memudahkan urusan pelanggan di kawasan masing-masing.

Construction
Buat masa sekarang, kumpulan saya hanya menawarkan pakej yang meliputi construction di negeri :-
  1. Johor
  2. Melaka
  3. Selangor
  4. Putrajaya
  5. Kuala Lumpur
  6. Perak
  7. Kedah
  8. Pulau Pinang
  9. Negeri Sembilan
  10. Terengganu
  11. Kelantan
manakala negeri selain diatas, saya hanya boleh membantu anda bagaimana hendak berurusan dengan pihak yang berkaitan dikawsan masing-masing.

Fungsi utama saya dalam renovation rumah, kediaman, kedai pejabat, kilang dan pembinaan banglo.
  1. Melakukan perancangan awal dalam merekabentuk rumah banglo.
  2. Setelah pelanggan bersetuju dengan rekabentuk, pelan tersebut akan diserahkan kepada Arkitek untuk melakukan proses terakhir penyediaan pelan bagi submission.
  3. Setelah pelan arkitek disiapkan, pelan tersebut akan diserahkan kepada Jurutera untuk proses rekabentuk struktur dan infrastruktur.
  4. Setelah semua berjalan dengan lancar, terakhir sekali perlantikan kontraktor akan di buat, pihak saya akan menghantar proposal bagi melantik kontraktor yang berada di dalam senarai PelukisPelan.com (setiap negeri dan kawasan) company profile akan dihantar bagi pelanggan melihat reputasi kontraktor yang pihak saya berkerjasama