Selasa, Januari 11

UBAHSUAI RUMAH DAN MASALAHNYA

Sahabat-sahabat dan rakan-rakan diluar sana yang berkeinginan dan berhajat untuk membuat penambahan dan ubahsuai rumah / kediaman untuk keselesaan keluarga dan tetamu yang datang. Walaupun PBT samada Majlis Bandaraya, Majlis Pembandaran, Majlis Daerah dan sebagainya istilah PBT telah mengariskan dan memperuntukan undang-undang, tetapi masih ramai pemilik rumah yang membuat pengubahsuaian / tambahan kabur dan kurang jelas tentang kebenaran, kelulusan dan pembinaan yang telah digariskan oleh PBT mereka. Ada yang menganggap semua undang-undang dan garispanduan yang diberikan membebankan dan menekan pemilik rumah. Ini menyebabkan ada antara mereka yang tidak berpuas hati apabila sesuatu tindakan diambil oleh pihak PBT. Antara tindakan PBT yang dikatakan zalim dan kejam adalah :-
  • Pemilik rumah disaman pihak PBT pada kadar 10kali ganda, 20 kali ganda dan sebagainya.
  • Tambahan rumah melebihi had dan mengganggu keselesaan jiran. Jiran membuat aduan kepada PBT tentang gangguan dan ketidak puasan hati jiran-jiran anda.
  • Ubahsuai rumah (secara haram) dengan memngemukakan pelan ubahsuai tanpa kelulusan tiba-tiba dirobohkan PBT. 
  • Sampah sisa binaan tidak diselenggarakan dan mengganggu jiran serta lalulintas. Tiada penbuangan berjadual dan sisa-sia berselerak dihadapan, kiri, belakang dan memasuki rumah jiran.
  • Membina tambahan rumah tanpa kebenaran jiran adalah salah.
  • Aduan daripada jiran kerana tidak membaiki bahagian rumah yang dikongsi seperti porch, atap dsb.
  • Membiarkan rumah terbengkalai sehingga mengakibatkan kacau ganggu pada jiran sebelah, terutamanya apabila budget dan kos pembinaan telah lari dari jumlah yang ditetapkan.
  • Kontraktor tidak bertanggungjawab lari meninggalkan rumah terbengkalai dipenuhi dengan sampah dan notis saman PBT yang akhirnya ditanggung pemilik rumah.


Dan pelbagai macam lagi masalah yang berlaku, di antara sebabnya adalah kerana mementingkan diri dan tidak peduli hak orang lain serta tidak mahu mengambil tahu undang-undang PBT anda, yang disediakan untuk kepentingan dan keselesaan bersama. Walaupun ianya rumah anda, anda membayarnya tiap-tiap bulan dan geran pun tertera nama anda, tapi semangat kejiranan itu juga perlu ada apabila kita mengambil keputusan membeli rumah tersebut dari awal.
Bagi mereka yang mempunyai kemusykilan mengenai ubahsuai, bolehlah menghantar e-mail kepada saya
anycadesign@yahoo.com. Agar saya dapat menjawabnya dan menjadi sumber maklumat di blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan