“MEMBINA SENDIRI KERJA PEMBINAAN RUMAH MAHUPUN PENGUBAHSUAIAN DIKATAKAN LEBIH JIMAT DARIPADA MENGUPAH KONTRAKTOR. NAMUN, SEBELUM MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENYELIA SENDIRI KERJA PEMBINAAN, KAJI DAHULU TAHAP PENGETAHUAN SENDIRI DALAM BIDANG BERKENAAN. ADAKAH ANDA BENAR-BENAR ARIF MENGENAI BAHAN YANG DIPERLUKAN, DISAMPING TAHU DIMANA UNTUK MENDAPATKAN BARANGAN YANG MURAH TETAPI BERMUTU. JAGAN HANYA MENDENGAR CADANGAN PENJUAL KERANA PIHAK PENJUAL SELALUNYA AKAN MENCADANGKAN BAHAN YANG MAHAL YANG DIKATAKAN LEBIH BERMUTU DENGAN ALASAN BAHAN SEDEMIKIAN DIIMPORT DARI LUAR NEGARA. NAMUN, SEJAUH MANA ANDA BOLEH PERCAYA DAKWAAN ITU? HANYA MEREKA YANG PAKAR DALAM BIDANG INI TAHU MEMBEZAKAN JENIS DAN MUTU SESUATU BARANGAN UNTUK PEMBINAAN”
Rumah yang menjadi tempat berlindung seisi keluarga mestilah kukuh dan tahan seumur hidup, bahkan sepatutnya boleh diwarisi kepada anak cucu dalam keadaan baik. Justeru itu, wajarlah pembinaan dan sebarang pengubahsuaian diserahkan kepada pakar.
Bagi mereka yang mempunyai peruntukan sangat terhad dan terdesak untuk membina atau membuat pengubahsuaian, bolehlah menguruskan sendiri dengan memilih tukang yang dipercayai tetapi jika mempuyai peruntukan cukup lebih baik diserahkan kepada kontraktor yang berpengalaman.
Membeli sendiri barangan dan mengupah tukang untuk melakukan kerja tidak dinafikan boleh menjimatkan belanja tetapi banyak risikonya kerana jika silap memilih tukang, hasil kerja mungkin tidak memuaskan dan mungkin perlu diperbaiki. Ini menyebabkan kerja yang sama dibuat dua kali, sekaligus sudah tentu meningkatkan belanja dan menyebabkan kerugian.
Kerja seperti memasang batu-bata, jubin dan melepa memerlukan kemahiran dan jarang sekali dapat dibuat oleh seorang. Jidi anda perlu memikirkan samada untuk menyerahkan kerja pembinaan kepada seorang sahaja atau kepada orang berlainan yang pakar dalam bidang masing-masing.
Sekiranya dibuat oelh orang berlainan, anda mesti pasatikan jumlah perbelanjaan dalam lingkungan peruntukan yang ada. Jika upah menjadi mahal, maka matlamat anda untuk mengurangkan perbelanjaan pembinaan tidak tercapai. Ini bermakna anda perlu membuat perkiraan yang betul, samada mengambil upah seorang tukang lebih menjimatkan daripada mengupah tukang yang berlainan.
Bagi mereka yang mempunyai peruntukan yang selesa, tidak bermakna perlu melepaskan sepenuhnya kerja pembinaan kepada kontraktor yang dipilih. Sebaliknya mereka perlu juga melengkapkan diri seberapa banyak pengetahun supaya tidak mudah tertipu kerana kontraktor yang tidak jujur dan suka memerangkap pelanggan.
Kesimpulannya, sebelum anda mengambil keputusan untuk membuat pengubahsuaian atau pembinaan rumah 4 perkara asas yang perlu anda fikirkan iaitu :-
a) Mengenalpasti perbelanjaan dan peruntukan kewangan
b) Mengenalpasti rekabentuk ruang dan style yang dikehendaki
c) Menentukan arkitek atau pelukis pelan
d) Memilih kontraktor yang berpengalaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan