Isnin, Januari 10

MENGHIAS BILIK TIDUR BERKONGSI?

Soalan : Saya mempunyai masalah dalam menghias bilik tidur. Untuk pengetahuan, saya berkongsi bilik bersama-sama adik. Kami masih menuntut dan mempunyai cita rasa yang sama dalam menghias. Namun, bilik kami agak kecil tetapi kami menginginkan sebuah bilik tidur yang ringkas dan mempunyai tempat tidur berasingan?

Jawapan : Anda beruntung kerana mempunyai minat yang sama dengan adik dalam menata bilik tidur. Jangan menggunakan banyak perabot kecuali yang asas dan perlu sahaja seperti katil, almari pakaian, meja solak dan meja belajar. Jika memilih tempat tidur berasingan, anda boleh memilih sepasang katil bujang yang disusun pada sebelah kanan dan kiri bilik serta dipasang pelapik kusyen sebarang warna pada bahagian kepala katil. Jika tidak berminat memasang bod itu, kita boleh menggunakan rekabentuk katil bujang yang biasa. Sebagai seorang penuntut, tentu sahaja kita inginkan sebuah meja belajar yang reka bentuk ringkas. Cadangan yang sesuai untuk bilik yang kecil dan sempit, adalah menggunakan meja pasang siap yang boleh dilipat selepas digunakan sekali gus dapat memberikan ruang yang besar untuk melakukan kegiatan lain. Sementara itu, almari empat pintu dan meja solek disusun ditepi dinding selari dengan pintu masuk.


Tingkap  yang ada, boleh dilindungi dengan langsir atau sebarang jenis bidai yang digemari. bagi mencerikan lagi suasana bilik, kita boleh mengantungkan gambar atau sebarang perhiasan berbingkai didinding. Dengan berbuat sedemikian, lukisan tadi boleh menarik perhatian dan menimbulkan suasana secara psikologi terhadap bilik berkenaan. Sebagai unsur hiasan tambahan, dicadangkan menggunakan permaidani, lampu belajar dan lampung gantung bagi melengkapkan lagi penataan bilik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan