Berikut adalah soalan-soalan yang kami terima melalui email:
1. Apa dia PelukisPelan.com?
PelukisPelan.com adalah perkhidmatan lukispelan secara online, dimana perkhdimatan yang ditawarkan seluruh negeri di Malaysia. Keutamaan adalah bagi kediaman individu dan komersial, samada bagi tujuan ubah syarat, ubah tambahan dan pendudukan sementara bagi kelulusan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagi pemilik tanah diluar bandar dan kampung yang tidak dibawah pentadbiran PBT, boleh juga mendapatkan perkhidmatan PelukisPelan.com bagi tujuan pinjaman perbankan dan institusi kewangan yang lain.
2. Adakah pihak PelukisPelan.com berdaftar dengan LAM/PAM?
Pada dasarnya PelukisPelan.com TIDAK BERDAFTAR DENGAN LAM/PAM sebagai Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar, tetapi pihak PelukisPelan.com akan menyediakan Pelan Bangunan dan Pelan C&S Kejuruteraan seterusnya mendapatkan Tandatangan dari Arkitek, Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Struktur bagi Kelulusan Pelan yang WAJIB dihantar kepada PBT sehingga LULUS. Hanya, Arkitek & Pelukis Pelan Berdaftar dengan PBT anda sahaja yang akan menandatangan pelan anda.
3. Jika PelukisPelan TIDAK BERDAFTAR dengan LAM/PAM, mengapa memberi perkhidmatan ini?
PelukisPelan.com hanya menyediakan lukis pelan yang mematuhi kehendak UKBS/UBBL (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984) dan kehendak asas PBT. Kami hanya mempercepatkan proses lukis pelan anda, kebanyakan Firma Arkitek lebih menumpukan kepada projek yang besar, manakala kebanyak Pelukis Pelan Berdaftar, membuat kerja bersendirian tanpa kakitangan. Pastinya, proses ubahsuai dan pembinaan kediaman anda mengambilmasa yang lama. Apa lagi bagi Firma yang masih menggunakan lukisan manual atau surih. Firma Arkitek dan Pelukis Pelan Berdaftar juga, akan meminta Draughtman & Draughtwomen mereka untuk membuat pelan anda, tetapi di Pelukispelan.com, pelukispelan kami adalah mereka yang mempunyai pengalaman kerja di firma arkitek dan mereka yang selalunya membuat "submission" pelan ke pihak PBT. Pastinya pelan anda akan siap dengan lebih cepat.
4. Apa dia Perkhidmatan Pelukis Pelan?
Perkhidmatan Pelukis Pelan adalah, satu Pelan Bangunan yang perlu dihantar ke PBT untuk mendapatkan KELULUSAN bagi tujuan UBAH SYARAT, UBAHSUAI TAMBAHAN atau PENDUDUKAN SEMENTARA. Kebiasaan adalah premis atau rumah taman dibawah pentadbiran sesuatu PBT. Kegagalan anda membuat pelan bangunan, atau membuat kerja pembinaan sebelum kelulusan pelan diperolehi dari pihak PBT, pemilik rumah boleh didenda 10 kali ganda bayaran permohonan. Kebiasaannya, pihak PBT mengenakan FEES sebanyak RM560. Oleh itu, kegagalan anda menyebabkan anda boleh didenda sebanyak RM5600.00 dari pihak PBT.
5. Apa dia Design Proposal Building?
Design Proposal Building adalah perkhidmatan cadangan dan penilaian keatas sesuatu tanah untuk pembangunan. Contohnya, sekiranya anda mempunyai sebuah tanah di kawasan bandar, satu kajian pembangunan, nilai tanah dan pasaran yang boleh dibuat diatas tanah tersebut. Misalnya anda ingin membuat satu bangunan McD dan PETRONAS, satu dokumen dikenali "Design Proposal Building", akan disediakan bagi diajukan kepada Pejabat Tanah & Galian, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak yang terbabit. Setelah persetujuan dicapai, PelukisPelan.com akan melantik Firma Arkitek dan C&S bagi proses "pelan details" bagi KELULUSAN PBT seterusnya pelantikan kontraktor bagi kerja pembinaan. Misalnya anda mempunyai sebidang tanah di pinggir bandar Kuala Terengganu, anda ingin membuat pecah lot, dan mendirikan rumah-rumah atau banglow-banglow sederhana untuk dijual.
6. Apa dia Perkhidmatan Banglow Design?
Anda mempunyai 1 lot tanah, dan mencari idea rekabentuk banglow idaman anda, PelukisPelan.com akan menyediakan "Schematic Design" iaitu pelan rekabentuk Skim 3D berkomputer kepada anda. Ia mengandungi pelan-pelan asas seperti pelan tapak, pelan lantai, pelan bumbung, 2 tampak, 1 keratan dan 2 perspektif luaran serta percuma jadual keluasan lantai serta kos anggaran banglo. Disusun sebagai sebuah laporan idea rekabentuk rumah banglow. Bagi tanah persendirian diluar pentadbiran PBT, anda boleh ajukan terus kepada kontraktor untuk membuat anggaran pembinaan. Manakala sekiranya anda, berhajat membuat pinjaman dan Permohonan KELULUSAN PIHAK PBT, perlantikan Arkitek Profesional akan dibuat oleh PelukisPelan.com untuk anda. FEES Arkitek dan FEES PBT, adalah dibawah tanggungan anda, tidak termasuk dalam perkhidmatan PelukisPelan.com.
7. Apa dia 3D - Drawing Prespective?
Bagi firma arkitek yang ingin mendapatkan lukisan prespektif 3D, bagi tujuan PROPOSAL, BROCHURE, PRESENTATION dan SIGNBOARD, bagi pelan atau bangunan yang dirancang, pihak PelukisPelan.com ada memberikan perkhidmatan tersebut. Lukisan Prespektif akan dibangunkan menggunakan perisian komputer.
8. Apa dia 3D Modeling?
Bagi Firma Consultant, Firma Arkitek dan Pemaju yang ingin membina 3D Modeling, PelukisPelan.com juga menyediakan model 3D mengikut pelan yang asal. Penggunaan mesin pemotong bantuan laser berteknologi, akan digunakan oleh pihak PelukisPelan.com. Bagaimanapun terdapat 2 jenis 3D Modeling yang disediakan oleh pihak PelukisPelan.com iaitu dalam bentuk MODEL BINAAN atau AUDIO VISUAL BERKUMPUTER.
9. Apa dia Redrawing Plan?
PelukisPelan.com menyediakan perkhidmatan melukis semula pelan bangunan dan kejuruteraan kepada firma arkitek dan agensi yang ingin menyimpan LUKISAN BARU atau SALINAN ASAL. Pihak PelukisPelan.com juga, bersedia membuat lukisan semula bagi binaan kejuruteraan dan pembuatan dalam bentuk lukisan AUTOCAD.
10. Apa dia Engineering Drawing & Assembly Drawing?
Lukisan kejuruteraan dan Lukisan Pemasangan material bagi sektor kejuruteraan dan pembuatan, pihak PelukisPelan ada menyediakan perkhidmatan tersebut dengan menggunakan AUTOCAD. Pihak PelukisPelan.com tidak menyediakan perkhidmatan CAD CAM. Unit Graphic atau Gratisia bagi perminataan lukisan kejuruteraan.
11. Mengapa PelukisPelan.com menggunakan perkhidmatan secara Online?
Perkhidmatan PelukisPelan.com adalah secara talian (online) sepenuhnya. Setiap client, samada individu, swasta, firma arkitek, firma kejuruteraan, atau agensi yang menggunakan perkhidmatan kami, akan mempunyai 1 akaun bersama PelukisPelan.com. Dimana setiap 1 projek atau perkhidmatan dengan PelukisPelan.com akan mempunyai 1 akaun sahaja. Ini bagi memudahkan pengurusan dan pemantauan status perkhidmatan kedua-dua pihak.
12. Boleh tak saya bayar kemudian dan buat tempahan dahulu?
Setiap perkhidmatan PelukisPelan.com telah diletakan kadar bayaran pendahuluan yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan PelukisPelan.com. Pembayaran Pendahuluan ini WAJIB, sebelum pihak kami memulakan sebarang kerja awal kami. Manakala baki hendakalah dibayar sehari sebelum penyerahan pelan, iaitu sebelum pemilik permis atau kediaman menurunkan tandatangan di pelan tersebut. Sekiranya pelan KELULUSAN PIHAK PBT BAGI LOKASI yang WAJIB, tidak diperolehi dalam tempoh 6 Bulan, pihak PelukisPelan.com akan memulangkan SEMUA BAYARAN YANG DIBUAT. Kecuali bagi Firma Arkitek, Firma Kejuruteraan dan Agensi sahaja, dibenarkan membuat pembayaran 14 Hari dari tarikh penyerahan. Manakala kos kelewatan kos-kos berkaitan dengan tuntutan akan dikenakan sebanyak 5% sebulan. Manakala projek yang besar dan melebihi RM20,000 atau berpanjangan, PelukisPelan.com memberikan tempoh masa 45 hari pembayaran.
13. Apa yang saya perolehi setelah buat tempahan dan bayaran?
Anda akan menerima pelan lengkap yang telah ditandatangani oleh Pelukis Pelan Berdaftar, atau kerja perkhidmatan yang dijanjikan. Sekiranya melibatkan perlantikan arkitek profesional dan C&S, PelukisPelan.com akan aturkan untuk anda. Semuanya akan disusun sebagai sebuah laporan projek.
14. Saya tak ada printer boleh tolong print dan poskan?
Caj perkhidmatan PelukisPelan.com adalah merangkumi semua kos dan penghantaran. Anda tidak perlu print semula pelan yang dibuat oleh pihak PelukisPelan.com, kerana akan akan memperolehi salinan ASAL dari pihak kami, setrusnya salinan KELULUSAN PELAN YANG DILULUSKAN DARI PIHAK PBT. Bagi penghantaran di luar Malaysia caj penghantaran akan dikenakan ke atas pelanggan (RM50).
15. Adakah pelan dari idea rekabentuk rumah ini boleh digunakan untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan oleh pihak berkuasa tempatan(PBT)?
Bagi pelan tujuan ubahsuai atau ubah syarat sementara, PelukisPelan.com akan terus membuat permohoan kepada pihak PBT melalui Pelukis Pelan Berdaftar, manakala bagi tujuan proposal dan rekabentuk banglow perlu dilihat lokasi dan keperluan KELULUSAN PBT. Bagi pelan rekabentuk skim sahaja, rekabentuk rumah banglo anda yang direka oleh kami mematuhi kehendak UKBS/UBBL (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984) dan kehendak asas PBT. Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan supaya melantik arkitek profesional atau pelukis pelan berdaftar (bagi keluasan banglo kurang 3000 kaki persegi sahaja) yang berdaftar dengan PBT dikawasan anda.
16. Boleh guna pelan ini untuk buat pinjaman bank?
Untuk membuat pinjaman bank pelan rumah banglo anda mesti telah diluluskan oleh PBT dan perlantikan kontraktor telah dibuat serta kos pembinaan telah muktamad. Pihak PelukisPelan.com boleh membantu anda.
17. Boleh saya bina rumah dengan pelan yang diperolehi?
Bagi membina rumah anda mesti mengikut prosidur biasa dengan melantik arkitek profesional atau pelukis pelan berdaftar serta jurutera struktur untuk perkhidmatan seterusnya. Sebagai contoh, anda perlu mendapatkan kelulusan kebenaran merancang dan pelan bangunan oleh PBT sebelum memulakan kerja-kerja di tapak.
18. Boleh saya guna pelan ini untuk dapatkan kos anggaran daripada kontraktor?
Boleh kerana pelan kami lengkap dengan ukuran dan mempunyai jadual keluasan setiap ruang serta asas spesifikasi.
19. Apa itu file format DWG, penting ke saya dapatkannya?
Format DWG sangat penting dan merupakan file dalam bentuk 'soft copy' perisian AutoCad. Penting untuk anda berikan kepada arkitek profesional atau pelukis pelan berdaftar yang anda lantik untuk membuat kerja-kerja seterusnya.
20. Berapa lama saya boleh dapatkan pelan saya yang telah siap?
Dalam masa 7 - 14 hari dari tarikh tempahan dibuat. Anda boleh menyemak status permohonan anda di akaun PelukisPelan.com yang anda telah daftarkan. Penghantaran melalui email laporan idea rekabentuk dalam format jpej setelah pengesahan pembayaran baki akhir dari anda diterima oleh pihak kami.
21. Boleh kami buat perubahan atau pindaan pelan?
Boleh semasa proses rekabentuk sahaja. Tetapi sekiranya pelan anda telah dihantar kepa Pihak Berkuasa Tempatan, tiada perubahan yang boleh anda buat kecuali perubahan yang diminta oleh Pihak Berkuasa Temapatan (PBT). |