Tempahan


TEMPAHAN BAGI KERJA LUKISAN PELAN / PROPOSAL BUILDING


Sila HUBUNGI KAMI di 012-7998482/013-7730094 bagi mendapatkan harga kasar bagi tempahan anda. Pihak kami akan memaklumkan dengan kadar segera dan menjawab soalan yang berbangkit dari pihak anda.


Sila e-mailkan kepada kami perkara-perkara yang diperlukan dengan segera bagi tujuan SEBUTHARGA, ORDER FORM & PERSETUJUAN KONTRAK PERKHIDMATAN.



Antara dokumen yang diperlukan :-


1.

Salinan Jual-Beli Premis yang mengandungi pelan asal pemaju.


2.

Maklumat ruang dan style rekebentuk yang diingini.


3.

Gambar premis sedia ada, hadapan, belakang, sisi dan sebagainya yang difikirkan diperlukan.


4.

Draf rekabentuk dari anda sendiri (guna pensel atau pen)


5.

Menyatakan sekurang-kurangnya 4 jalan utama (bersebelahan) di kawasan premis / kediaman anda.


6

Arah mata angin (Utara dan Selatan) dari premis / kediaman anda


Sila semak ORDER FORM yang dikeluarkan oleh pihak kami dan menyatakan persetujuan caj perkhidmatan yang dikenakan. Perundingan diskaun dan pemotongan harga perkhidmatan ketika ini.


Sila buat pembayaran 60% dari harga yang telah ditetapkan. Manakala baki 40% hendaklah dibayar sebelum pelan diajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anda. Masanya adalah sebelum PENAMA & PEMILIK PREMIS / BANGUNAN menandatangani PELAN TEMPAHAN, atau diserahkan kepada anda dengan lengkap.


Kakitangan PelukisPelan.com akan membuat lawatan, sekiranya perlu ke premis / kediaman bagi mendapatan gambaran jelas tentang tempahan yang dibuat.


Pihak PelukisPelan.com, akan bertanggungjawab sepanjang proses mendapatkan kelulusan pelan dari PBT termasuk perubahan yang diperlukan oleh pihak PBT.




TEMPAHAN RE-DRAWING, 3D MODELING & 3D PRESPECTIVE DRAWING


Sila HUBUNGI KAMI di 012-7998482 bagi mendapatkan harga kasar bagi tempahan anda. Pihak kami akan memaklumkan dengan kadar segera dan menjawab soalan yang berbangkit dari pihak anda.


Sila semak ORDER FORM yang dikeluarkan oleh pihak kami dan menyatakan persetujuan caj perkhidmatan yang dikenakan. Perundingan diskaun dan pemotongan harga perkhidmatan ketika ini.


Sila buat pembayaran 60% dari harga yang telah ditetapkan. Manakala baki hendaklah dibayar semasa penyerahan dilakukan. Kelewatan pembayaran 5% caj perkhidmatan sebulan akan dikenakan.




TEMPAHAN KERJA KONTRAKTOR (BANGUNAN / ELEKTRIK)


Sila semak ORDER FORM yang dikeluarkan oleh pihak kami dan menyatakan persetujuan caj perkhidmatan yang dikenakan. Perundingan diskaun dan pemotongan harga perkhidmatan ketika ini.


Pemilik Premis / Kediaman hendaklah mendeposite 40% harga kontrak sebelum kerja-kerja bermula. Manakala baki bayaran hendaklah merujuk kepada jadual pembayaran yang telah dipersetujui bersama.


Dalam tempoh perjanjian kontrak, pemilik premis / kediaman tidak boleh menukar kontraktor lain tanpa melalui PelukisPelan.com


Sekiranya kontraktor yang dilantik oleh pihak PelukisPelan.com bermasalah, pihak PelukisPelan.com akan melantik / memanggil kontraktor lain yang menjadi rakan perniagaan yang berdaftar dengan PelukisPelan.com untuk menyambung kerja-kerja yang belum siap.


Disini pihak PelukisPelan.com akan menjadi MANAGEMENT PROJECT, bagi memastikan kerja-kerja kontraktor di premis / kediaman anda siap, kemas dan berpuashati.


Ini bagi mengelakkan anda sebagai pemilik premis / kediaman menanggung kerugian dan penipuan oleh kontraktor-kontraktor. Ini kerana pihak PelukisPelan.com mempunyai pengalaman yang luas, dalam sektor pembinaan bangunan dan keperlua-keperluan Pihak Berkuasa Tempatan, agar anda tidak DIDENDA.