Soalan : Saya menduduki rumah semi-D dua tingkat dan bercadang membuat pengubahsuaian. Apakah pilihan yang saya ada jika tidak mahu memasang jeriji besi dipintu dan tingkap selain daripada memasang penggera keselamatn. Apakah bentuk tembok, terutamanya pada bahagian hadapan rumah dan pintu pagar supaya rumah kelihatan lebih menawan dan cantik?
Jawapan : Memasang jeriji besi di tingkap dan pintu menyebabkan sesebuah rumah kelihatan keras dan terperangkap. Pilihan lain yang boleh digunakan selain memasang penggera keselamtan adalah dengan memastikan sistem keselamatan tingkap dan pintu itu mempunyai pengunci dari dalam. Selain itu, struktur tingkap atau pintu mestilah daripada kemasan yang kukuh dan kuat seperti besi atau kayu yang mempunyai pengunci khas dari dalam. Cara lin adalah dengan memasang sistem kamera diluar rumah atau menggunakan kaedah "digital code access" seperti dikebanyakan rumah diluar negara.
bentuk tembok dihadapan rumah dengan rekabentuk yang rata dan ringkas boleh menjadi elegan dan menarik dengan membuat rekabentuk garis melintang 'border line grooves' diatas permukaannya. Selain itu, kemasan simen juga boleh digunakan dan dikemaskan dengan warna yang menarik atau membuat tekstur seperti bunga atau garisan. Cara lain adalah dengan menggunakan kemasan seperti 'terracotta' atau konkrit biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan